RSS

Wednesday, September 15, 2010

Respon daripada Adilah Kamal Azizi

Salam..
sori nizam, cam xdapat je nak comment kat blog..

firstly,selamat hari raya..

kami students pia pernah tanya ust shairozi sal amalan menziarahi kubur masa raya ni.

Ada 2 pendapat..

Pertama, ada yang berpendapat kita digalakkan menziarahi kubur agar kita tak lalai dengan keseronokan dunia. Bila mana kita ziarah kubur, mudah-mudahan timbullah keinsafan pada diri kita bahawa kita akan kembali pada-Nya suatu masa nanti. Jadi kita lebih berjaga-jaga dalam amalan kita.

Pendapat kedua pula x menggalakkan kita ziarah kubur pada hari raya. Kita lebih digalakkan ziarah kubur pada bukan hari raya. Terpulanglah. Pilihlah ikut selera hati.

Berkenaan amalan semasa ziarah kubur...

Yang saya ingat lah berdasarkan keterangan ust shairozi..kita disunatkan menanam pokok-pokok renek atas kubur, bukannya menyiram kubur dengan air bunga. Dan satu lagi, bila mana kita ziarah kubur, kita disunatkan berdiri, bukannya duduk membentang tikar dan sebagainya. Rasionalnya, maaf, dah lupa. Itu ikut sunnah la dan berdoalah utk kebaikan di mati.Berkenaan tahlil, saya sendiri kurang pasti..

N satu lagi sal bacaan yasin malam jumaat tu, ya, ianya bidaah, tapi setelah diterangkan, bila mana kita baca yasin malam jumaat tu ia perlu dimurnikan dengan niat ibadah, bukannya kerana malam jumaat. I'tikad tu perlu dibetulkan. Yang menjadi sunnah adalah membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat. Itu yang menjadi amalan tuntutan utk kita lakukan. Walau bagaimanapun, tak jadi masalah sekiranya kita nak baca yasin, itu kita niatkan sebagai ibadah kita..

Itu je yang mampu dikongsi bersama. Mungkin ada khilaf, nanti kita rujuk lagi pada ust.

Wallahu a'lam.

Salam.

Shukran to Adilah.. =)

Tuesday, September 14, 2010

Thanks to Umar Uthman for the first response

Umar Uthman a.k.a Wak wrote (via YM):

ejam.. ko pnah dgr x, apabila seseorang itu mati maka terputus la hubungan si mati dengan dunia. dan melainkan TIGA perkara;
1.amalan
2.anak yang soleh
3.ilmu yg bermanaafaat

so, perkara yg still connect antara dunia dengan si mati ialah perkara2 di atas sahaja. ade x di'mention'kan di atas bacaan tahlil atau yg seumpamanya (samada di kubur atau dimana2) ????

satu lg perkara yg ko mst akan fikirkan klu aku ckap.. 'kirim arwah'.. ko mst pnah dgr n mst pnah wat kan???
berkaitan x dengan soalan ko n ape yg aku mention kt atas???

klu tujuan ko tulis blog untuk perkongsian ilmu, mksudnya ko dh leh wat perkara no 3 kt atas..klu bermanafaat, bnda ni la yg ko leh bwak mati nnt.. aku nyer ilmu pn xseberapa tinggi. tp hukum xwat perkara sunat, xde pape. tp klu mewujudkan satu bidaah, dosa ke x???

Adam Iskandar: selamat hari raye

Aku:

Sebenarnya, aku pun tak pernah dengar pasal 'kirim arwah 2'. Hmm, banyak lagi yang aku tak tahu. So, aku tak pasti sama ada dua perkara tersebut berkaitan atau tidak. berkaitan dengan mewujudkan bidaah, yang aku tahu, bidaah ada 2, Satu yang baik dan satu yang x baik (aku lupa nama.. =p). Pada pandangan aku, selagi bidaah itu tidak bercanggahan dengan syarak dan elok diamalkan, tidak salah diwujudkan. Tapi, kalau bidaah itu dah sampai ke tahap seolah-olah benda itu satu kewajipan, maka bidaah itu itu telah bercanggah. Kita boleh ambik contoh membaca Surah Yassin dan tahlil setiap malam Jumaat. Itu juga satu bidaah. Tetai itu bidaah yang baik. Tapi ini pendapat kasar aku sahaja. InsyaAllah kalau ada keterangan lanjut aku akan post. Apa-apa pun terima kasih  Wak sebab bagi pendapat.

P/S: Pembaca yag lain boleh betulkan jika terdapat sebarang kesilapan. Kita sama-sama nak berkongsi. Boleh juga bagi pendapat anda sendiri.

Salam Aidilfitri (Baca Sampai Habis)


Salam lebaran kepada sesiapa yang membaca..

Alhamdullilah. Allah kurniakan juga kekuatan kepada aku untuk meneruskan blog ini. Secara jujur, memang susah nak konsisten dalam menulis (atau menaip dalam bahasa tepat) blog. Tapi, aku teruskan jua demi perkongsian ilmu.

Sedar tak sedar dah sampai bulan syawal. Ramadhan yang dilalui terasa amat singkat. Kenikmatan Ramadhan belum lagi dapat dikecapi kerana aku belum lagi bertemu Lailatul Qadar. Hmm.. Tapi apabila muhasabah diri balik, banyak kekurangan yang harus di'topup'kan dalam diri. InsyaAllah, semoga dapat lagi bersua dengan Ramadhan seterusnya.

Segala syukur kepada Allah kerana aku masih lagi boleh bernafas lagi sampai sekarang. Kepada yang membaca, salam aidilfitri sekali lagi aku ucapkan, harap dapat ampunkan salah dan silap. aku pun bukannya sedar kalau ada tersalah ke, tersilap ke, dan ter-ter yang sama waktu dengannya lah. Kira halal la ok?

Sebenarnya aku nak minta pendapat sesiapa sahaja yang membaca post ini. Kita selalu tengok orang bila raya mesti berpusu-pusu ke kubur, membaca tahil, berdoa, membersihkan kubur untuk mereka yang telah sampai masanya terlebiih dahulu sebelum kita. Alhamdullillah, semoga Allah merahmati roh-roh mereka. Ketika aku tengah duduk dalam kereta bersama abang aku, dia mengutarakan satu soalan kepada aku.

"Ijam, kau tahu tak apa sebenarnya hukum membaca tahlil dekat kubur ini? Apa bezanya bertahlil dekat kubur dengan bertahlil kat rumah? Boleh tolong kaji tak benda ni?"

Aku terdiam. Aku tak pernah pula terfikir pasal ni. Ilmu aku masih lagi tidak mencukupi. Jadi, kepada yang membaca ni, harap-harap dapatlah beri pandangan, kalau boleh beserta dalil sekali. InsyaAllah, ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua.

P/S: Tinggalkan pendapat anda dalam komen ye..

Salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...