RSS

Sunday, October 30, 2011

Duduk Sekejap~


Duduk termenung termangu sendiri,
Memikirkan masalah mengganggu hati, 
Kepala berpusing otak berlari,
Mengharapkan semuanya akan berhenti.

Chewahh!!!
berpantun pulak aku..
dah la lama x update blog ni..
sory...
cari idea...
(alasan semata-mata)
yang sebenarnya...
MALAS!!!

betul..
nak menulis (atau lebih tepatnya menaip) memerlukan hati yang kuat..
tujuan aku bukak blog ni hanya untuk berkongsi ilmu..
tapi mintak maaf jika ada kekurangan..
ilmu aku masih terlalu cetek..

tajuk post aku...
tengok kat atas..
hehehe..
sebenarnya banyak benda terjadi..
masalah tu masalah ni..
tapi biasa la manusia..
mengeluh..
mengeluh..
dan terus..
MENGELUH....

aku pun macam tu jugak..
2x5 dan 5x2 jugak...
tapi aku terbaca satu cara menarik..
mungkin x selesaikan masalah..
tapi buat kita sama-sama berfikir...

ok2..
cuba kamu semua ambik pen, pensil, berus atau apa2 yang boleh digunakan untuk menulis..
ambik sehelai kertas..
saiz A4 la senang..
cuba lengkapkan list kat bawah ni:

MASALAH YANG AKU ADA
NIKMAT ALLAH YANG AKU DAPAT




try la lengkapkan list ni..
kejujuran sendiri..
hehehe..
lepas tu bandingkan..
lepas tu cubalah..
gunakan nikmat yang kita peroleh untuk selesaikan masalah yang kita ada..
tapi paling penting...
kita renungkan list tu balik...


ALHAMDULLILLAH~
ALLAH x menjadikan sesuatu dengan sia-sia..
(^.^)

Tuesday, May 17, 2011

Exam Yang MESTI Semua Orang Ambik!!!



Exam
Pernah tidak kita terfikir yang hidup ini suatu exam bagi kita, yang mana kita semua sedang menduduki. Sedar atau tidak? Result dia keluar semasa di padang masyar. Siapa yang score seronoklah, siapa yang fail rentung lah dia.

Masa yang diberikan
Kalau exam kita tahu masa yang diperuntukkan, berapa jam lagi tapi exam ini tiada siapa yang tahu bila habisnya atau tamatnya exam ini. Sedar-sedar sudah habis masa. Kalau ada lebih masa pon kalau tak reti nak jawab juga, tidak guna, seperti pantang maut sebelum ajal, ye lah kes-kes yang orang dapat menjalani hidupnya balik setelah musibah yang hamper bawa maut. Kalaulah masa yang diperuntukkan ini digunakan sebaik-baiknya, Insya Allah gerenti calon lulus dengan cemerlang siap dapat staright A tapi kalau kita jawab dengan berangan-angan, tidurlah, gelak-gelak itu yang nak minta masa lebih tu.

Soalan wajib
Soalan Dia semua orang dapat sama saja, siap sudah dibagikan jawapan lagi dan dibocorkan oleh Nabi Muhammad. Soalan yang Pak Imam selalu ulang dalam talkin, Siapa tuhan kamu, siapa imam kamu…… Ini ramai calon yang silap paham, tunggu lepas keluar dewan peperiksaan(dunia) yakin dapat jawab dengan lulus. Kita semua tahu teorinya, tetapi praktiknya hilang. Macam mana hendak pass. Pemeriksa yang dua di dalam kubur itu sudah masak sangat dengan jawapan yang tidak berasas itu tambah lagi dengan keadaan akhir zaman ini.

Boleh tiru
Kalau hendak kira mana ada exam dibolehkan tiru tapi exam ini digalakkan tiru. Tapi kenalah tiru yang baik dan terbaik seperti sunnah dan akhlak Nabi. Ini ada pula yang tiru syaitan, Firaun, Yahudilah. Gerentilah sah-sah kantoi masa exam ini, yang kita ini pakat-pakat nak tiru itu kenapa? Ada pulak yang main agak-agak saja bila exam ini, ada yang tembaklah, main dadulah. Itulah bila orang lain ajak study, kita tidak mahu.

Boleh buka buku

Boleh, siapa kata tidak boleh buka buku. Masalahnya ramai calon yang tidak buka buku bahkan ada yang teruk buku pon tidak tahu. Buku mana lagi kalau bukan Al-quranul Karim, dekat mana-mana pon kita boleh jumpa, dalam masjid, dalam rumah, dalam dada orang yang beriman. Masalah ramai yang tidak mahu baca, kalau baca pon tidak paham, ye lah dulu orang hendak ajar kita tolak. Kalau ada yang faham, buat-buat tidak faham(ini lagi bahaya), maklumlah bukan semua hukum-hakam selari dengan hawa nafsu yang membuak ini.

Bila masa sudah tamat…
Ini biasalah, masa hendak hujung-hujung inilah orang kalut nak minta kertas tambahanlah, menggelabah semak jawapan, betul ke? Atau ada tinggal ke? Ada yang minta tambah masa, masa ini mana boleh! Kalau pemeriksa suruh letak pen, faham-faham sajalah. Exam sudah tamat! Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Siapa yang dapat buat baik, ulangkaji buku mestilah senyum suka, yang mana buat hentam sahaja sesuka hati saja, mestilah berpeluh, takut, frust dan macam-macam karenah yang kita boleh tengok di padang masyar nanti. Sudah boleh kita bayangkan result yang bakal keluar melalui cara kita menjawab exam. Jadi sementara exam yang masih berjalan ini, sementara masa belum tamat lagi mari lah kita kita tiru buku Al-quran, sunnah Nabi dan arahan Allah. Mana yang silap itu padam elok-elok dan betulkan, jangan tunggu hujung-hujung masa. Mati tidak mengenal usia abang, adik, kakak, ibu, ayah dan saya sendiri. Selamat maju jaya

Monday, May 16, 2011

Mampukah Aku?? (Sempena Hari Guru)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Dah lama aku tak menulis (menaip) dalam blog aku ni. Mintak maaf kepada yang rajin buka blog aku ni sebab aku lama tak post kerana istiqamah aku masih jauh dari sempurna. Aku tergerak untuk buat entri pada hari ini sebab ada yang post kat fb aku, ucap SELAMAT HARI GURU. Facebook Aku


Terima kasih banyak-banyak kepada Zurin, Din dan Jamil yang rajin ucap kat aku. Korang memang sahabat baik. (^.^) ALHAMDULILLAH, jujur dari hati aku, aku sendiri tak percaya lagi langkahan aku untuk menjadi seorang guru semakin jauh mara ke hadapan. Dalam sudut hati aku ini masih ada suara-suara yang berkata "LAYAK KE KAU JADI CIKGU??!!"


Beberapa situasi, realiti dalam pembelajaran kehidupan aku di maktab (bukan gambar sebenar) :


Situasi 1: 


Situasi 2:

Situasi 3: 


HARAP MAAF.. GAMBAR TIDAK BOLEH DIPAPARKAN KERANA MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN AKHLAK..

Itulah serba sedikit hobi aku dekat maktab ni.  Aku selalu berfikir, "macam ni ke cikgu??". Renungkan ayat di bawah ini:

Sesungguhnya Kami bentangkan amanah kepada langit, bumi dan bukit-bukau, tetapi mereka tidak mahu memikulnya kerana takut kepadaNya dan manusia memikulnya. Ia zalim lagi jahil (apabila menyalahgunakan amanah). (al-Ahzab.72) 

TAPPP!!!
Ambik sebiji kat muka aku. Layakkah aku pikul amanah mendidik anak bangsa aku ini?? 

YA ALLAH.. KAU bantulah hambaMU ini.
KAU berikanlah aku kekuatan.
Kau tunjukkan aku jalan.
Agar aku tidak terpesong tujuan.

INSYAALLAH. Aku akan berusaha. Mengubah diri demi menunaikan amanah yang diberi. Harap korang yang baca entri ni pun support aku jugak ye. Jadi, untuk semua guru-guru yang mengajar aku:



Salam~

Sunday, February 27, 2011

DI SAAT AKU DITALKINKAN!


semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.


Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan

itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.


"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran

suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.


"Tolong ibu,tolonglah aku,

aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".

Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.


Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah

yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".

"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????


"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah

dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! .


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Sunday, February 13, 2011

Kisah Ruben Abu Bakar

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami…

Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.


Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?


Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!


Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan


Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.


Dia mencari lagi:


Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:


"Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu."


Dia mencari lagi;


Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.


Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…


Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”


Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!


Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?


Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.


Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.


Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!


Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”


Dan dia terus menunggu . . . .


Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!


Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…


Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)"


Dia sangat terkejut kemudian terus metutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!


Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!


Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?


Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?


Dan die kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.


Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai


Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…


Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.


Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.


Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.


Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.


Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.


Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya! 



Wednesday, February 9, 2011

Disebalik valentine day





Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.


Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".


Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.


"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.


Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."


Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.


Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."


Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.


Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah


(Sesunguhnya manusia itu sentiasa lalai dengan godaan syaitan dan nafsu. Pulanglah kepada Allah s.w.t kerana keimanan dan ketakwaan merupakan senjata utama dalam diri.)


~~Sampaikan dan laksanakan kebenaran walau satu ayat.

Thursday, January 27, 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran





Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’


Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.


‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’


Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.

Thursday, January 20, 2011

Lelaki idaman wanita


Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Tuesday, January 18, 2011

Hantaran Al-Quran


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu
kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh
Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa
arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya
dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan
40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah
tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu
keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang
dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak
Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa
benda nih”
detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..
RIII..!!”
berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
mata menahan
kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa
Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari
di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...
RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang
ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan
irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan
merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina
ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat
tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang
muslim”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada
gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu
orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab
petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang
yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad
sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
SMS dari ustaz Sa’ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Monday, January 17, 2011

Tugas Seorang Penuntut Ilmu


Secara Umum, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW
Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak-

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.

2)Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.
Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114

3) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual.
Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

4) Memuliakan Guru
Sabda Rasulullah SAW
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-
Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru ytang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masakita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah SWT

Akhlak Penuntut Ilmu

1) Merasakan Tanggungjawab ilmu

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal die berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-


2) Menjaga amanah ilmiah

Sabda Rasulullah SAW :
Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani-

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

3)Tawadduk

Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.

Firman Allah SWT: "Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja"Surah al-Isra' ayat

4)Mulia diri (Al-Izzah)

Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,

Firman Allah SWT: "kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"surah al-Munafikun ayat 8

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya"
surah Fathiir ayat 10

5)Beramal dengan apa yang dipelajari

Firman Allah taala ; "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"surah al-Baqarah ayat 44

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu

Firman Allah taala: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu )ken belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima" surah Ali Imran ayat 187

Oleh: Azmi Hashim
Suara Persatuan Ulamak Online

20 fakta menarik mengenai Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

wallahuallam

Saturday, January 15, 2011

Buat Sahabat-sahabatku~

 
Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Sumber >> Taman2Syurga

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

referance- http://hidupuntukyangmahahidup.blogspot.com/2009/07/semuanya-tentang-sahabat.html

Peringatan

Pastikan jiwa kita tegar menyebut nama ALLAH...
Sama-sama kita renungkan.. =)

Tuesday, January 11, 2011

Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa




Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!



Wardini, Kuala Kangsar.


Jawapan Dr MAZA:


Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

sumber drmaza.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...