RSS

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri (Baca Sampai Habis)


Salam lebaran kepada sesiapa yang membaca..

Alhamdullilah. Allah kurniakan juga kekuatan kepada aku untuk meneruskan blog ini. Secara jujur, memang susah nak konsisten dalam menulis (atau menaip dalam bahasa tepat) blog. Tapi, aku teruskan jua demi perkongsian ilmu.

Sedar tak sedar dah sampai bulan syawal. Ramadhan yang dilalui terasa amat singkat. Kenikmatan Ramadhan belum lagi dapat dikecapi kerana aku belum lagi bertemu Lailatul Qadar. Hmm.. Tapi apabila muhasabah diri balik, banyak kekurangan yang harus di'topup'kan dalam diri. InsyaAllah, semoga dapat lagi bersua dengan Ramadhan seterusnya.

Segala syukur kepada Allah kerana aku masih lagi boleh bernafas lagi sampai sekarang. Kepada yang membaca, salam aidilfitri sekali lagi aku ucapkan, harap dapat ampunkan salah dan silap. aku pun bukannya sedar kalau ada tersalah ke, tersilap ke, dan ter-ter yang sama waktu dengannya lah. Kira halal la ok?

Sebenarnya aku nak minta pendapat sesiapa sahaja yang membaca post ini. Kita selalu tengok orang bila raya mesti berpusu-pusu ke kubur, membaca tahil, berdoa, membersihkan kubur untuk mereka yang telah sampai masanya terlebiih dahulu sebelum kita. Alhamdullillah, semoga Allah merahmati roh-roh mereka. Ketika aku tengah duduk dalam kereta bersama abang aku, dia mengutarakan satu soalan kepada aku.

"Ijam, kau tahu tak apa sebenarnya hukum membaca tahlil dekat kubur ini? Apa bezanya bertahlil dekat kubur dengan bertahlil kat rumah? Boleh tolong kaji tak benda ni?"

Aku terdiam. Aku tak pernah pula terfikir pasal ni. Ilmu aku masih lagi tidak mencukupi. Jadi, kepada yang membaca ni, harap-harap dapatlah beri pandangan, kalau boleh beserta dalil sekali. InsyaAllah, ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua.

P/S: Tinggalkan pendapat anda dalam komen ye..

Salam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...