RSS

Wednesday, September 15, 2010

Respon daripada Adilah Kamal Azizi

Salam..
sori nizam, cam xdapat je nak comment kat blog..

firstly,selamat hari raya..

kami students pia pernah tanya ust shairozi sal amalan menziarahi kubur masa raya ni.

Ada 2 pendapat..

Pertama, ada yang berpendapat kita digalakkan menziarahi kubur agar kita tak lalai dengan keseronokan dunia. Bila mana kita ziarah kubur, mudah-mudahan timbullah keinsafan pada diri kita bahawa kita akan kembali pada-Nya suatu masa nanti. Jadi kita lebih berjaga-jaga dalam amalan kita.

Pendapat kedua pula x menggalakkan kita ziarah kubur pada hari raya. Kita lebih digalakkan ziarah kubur pada bukan hari raya. Terpulanglah. Pilihlah ikut selera hati.

Berkenaan amalan semasa ziarah kubur...

Yang saya ingat lah berdasarkan keterangan ust shairozi..kita disunatkan menanam pokok-pokok renek atas kubur, bukannya menyiram kubur dengan air bunga. Dan satu lagi, bila mana kita ziarah kubur, kita disunatkan berdiri, bukannya duduk membentang tikar dan sebagainya. Rasionalnya, maaf, dah lupa. Itu ikut sunnah la dan berdoalah utk kebaikan di mati.Berkenaan tahlil, saya sendiri kurang pasti..

N satu lagi sal bacaan yasin malam jumaat tu, ya, ianya bidaah, tapi setelah diterangkan, bila mana kita baca yasin malam jumaat tu ia perlu dimurnikan dengan niat ibadah, bukannya kerana malam jumaat. I'tikad tu perlu dibetulkan. Yang menjadi sunnah adalah membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat. Itu yang menjadi amalan tuntutan utk kita lakukan. Walau bagaimanapun, tak jadi masalah sekiranya kita nak baca yasin, itu kita niatkan sebagai ibadah kita..

Itu je yang mampu dikongsi bersama. Mungkin ada khilaf, nanti kita rujuk lagi pada ust.

Wallahu a'lam.

Salam.

Shukran to Adilah.. =)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...