RSS

Thursday, April 19, 2012

Etika Halal

DENGAN NAMA ALLAH...


Lama juga masa berlalu aku membiarkan blog aku ni sepi.. Bukan aku tak nak update.. Aku tak tahu apa yang aku nak tulis dan apa yang aku nak sampaikan pada sesiapa je yang membaca blog aku ni.. Apa yang aku nak sampaikan dah selalu banyak terpapar di laman-laman sesawang yang dah makin melimpah sekarang.. Aku tak suka mengulang apa yang orang lain dah pesan.. Sebab aku sendiri pun tak suka membaca benda yang sama berulang-ulang.. 


Biarkan sebab kenapa aku membiarkan blog ini.. Pedulikan.. Yang aku cuba sampaikan di sini bukan pasal blog aku.. Aku ni cuma terpanggil nak menulis malam ni kerana aku tertarik dengan ceramah yang disampaikan kepada aku petang tadi.. Ceramah tu memang menarik... Menerangkan bagaimana untuk menjadi seorang yang beretika menurut profesion yang bakal aku ceburi tak lama lagi..


Ceramah disampaikan oleh Dr. G (sudah tentu bukan nama dia).. Dia sangat seronok bercakap di hadapan tapi aku ada kerja yang perlu diselesaikan.. So, aku cuma pasang telinga dan tangan dan mata aku bergerak ke tempat lain.. Antara benda yang aku ingat ialah kesantunan bahasa, cara makan dan etika-etika yang kononnya melambangkan ke"profesional"an.. 


Tiba-tiba aku tersentap bila dengar.. "Kalau ada delegasi dari luar negara, seorang perempuan hendak bersalam dengan kamu (seorang lelaki), kamu hulurkan je tangan. Dalam hati kamu ISTIGHFAR je la.. ".. Wah! Bestnya ikut etika ni! Nak bersentuh lelaki dengan perempuan boleh dengan syarat kena ISTIGHFAR je... Seronoknya ikut etika "halal" ni..


Lagi tambah seronok bila aku dengar kalau naik tangga bagi perempuan naik dulu baru la kita naik.. hehehe.. Dapatlah aku cuci mata tengok-tengok lenggok perempuan naik tangga... Bukan senang nak dapat dengan penuh beadab dan bertata susila... Bestnya bila aku dengar semua ni.. Apa yang HARAM boleh je diHALALkan.. Selagi ikut etika... hahaha...


Apa yang terdetik dalam hati aku cuma 1.. Biar kita bodoh pasal etika tapi jangan bodoh pasal AGAMA.. Kita suka ikut cara orang yang kononnya berprestij tapi cara agama kita yang sememangnya agung kita perlekehkan... Biar orang anggap kita kurang ajar selagi kita tak kurang ajar dengan agama kita sendiri.. Nama, Pangkat, Gelaran tak membawa makna apa-apa sebab 1 pun tak ditanya dalam kubur nanti..


Aku terfikir.. Fathi Yakin cuba menyampaikan erti kita menganut Islam dalam bukunya.. Aku tak dapat lagi mencapai tahap dia.. Aku cuma mampu menyampaikan cara aku yang penuh dengan kelemahan.. Tapi aku harap sesiapa yang membaca ni dapat la memahami apa yang aku cuba sampaikan.. 


"NIAT TAK MENGHALALKAN CARA.. JANGAN HALALKAN APA YANG SUDAH TERANG-TERANG HARAM"


Kata-kata ALLAH adalah kebenaran.. Kata-kata aku banyak kekhilafan.. Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...